| ANA |
Cerita bermula semasa saya menunggu abang di bawah bangunan hostel perempuan utk pulang kerumah selepas habis final exam 3 hari lepas, sedang saya duduk dikerusi saya terpandang seorang ibu yang cantik, berpakaian seperti orang muda, wajahnye sudah ada raut umur 40-an. sedang asyik marah2 dalam handset tiba2 dy datang depan saya dan terus duduk dikerusi depan saya. Saya rasa agak pelik juga, dengan sape lah dy bicara tu kerana seolah2 dy mahu saya mendengar juga.kuatnye hanya tuhan je yang tahu.huhu..saya bukan mahu mengata cume ingin jadikan satu pengajaran kepada para pembaca. Sekadar utk berkongsi. kemudian dy bertanya kepada saya," semua pelajar balik rumah ker?" dengan nada yang sederhana kuat saya jawab dengan tenang " setahu saya bukan semua yang balik awal sebab tengok juga pada subjek yang diambil ". then, dy cakap anaknye ambik tahfiz je. kemudian bagitau lagi anaknye tahu nak duit sahaja, hari tu da masukkn RM50 nak lagi, penat aku jadi kn dy ustazah. AllahuAkhbar3x..adakah kata2 " PENAT AKU JADI KN DY USTAZAH tu mampu membuatkn hidup sesebuah keluarga itu diredhoi Allah. Macamne caranya utk membuatkan anaknye merasa bahagianye bila ibu ini memahami dan merasai hati anak itu dengan cara yang terbaik disisi Allah.
| SI ANAK |
Sambung cerita, apabila anaknya turun kebawah menemui ibu modern ini, lalu dgn muke selambanya dy salam seperti acuh xacuh je dan seperti raut wajah si anak ini tidak suka dgn kehadiran ibunye. Si Ibu bertanye dengan nada yang tinggi "dimana tudung mak warne coklat yang ko pinjam tu" mana dokumen dalam pendrive yang mak nak tu". kemudian ibu yang modern ini bertanya lagi, "hari tu mak da bank in kn duit rm50 dalam akaun ko, macamne cpt habis.lepas tu mintak mak lagi, ko ni memang nk keringkn duit mak k?" dengan nada yang tinggi sekali.MasyaAllah, hal keluarga tu bole juga orang lain spt saya ni dengar dengan jelas sekali.uisyyy...saya rasa benci pun ada, marah pun ada, kesian pun ada. sebab dalam fikiran saya pada masa itu, ialah:
1.Kasihan seorang anak ini kerana mahu difahami dan dirasai kasih sayang dan berkongsi masalah semasa dia amat memerlukannya. tp ibunya seperti berada didunianya sendiri spt org muda yang bebas tiada tanggungan anak dlm hidupnye.
2.Seorang ibu modern langsung tidak pandai mahu mendekati anaknye yang sedang dalam perjuangannya utk menuntut ilmu. Padanye dy (si anak) menuntut ilmu itu satu perkara yang menambahkan beban nye.
3.Seorang ibu ini sepertinye sudah lupa kehidupan akhirat dimana pahala memperjuangkn hidup utk membesarkn anak ini besar pahala nye disisi Allah. Kerana pengorbanan dan kesabaran membuahkn ganjaran y sangat bernilai disisi Allah.
4.Anak ini sudah hilang hormat kepada ibu modern ini kerana Si ibu mementingkan kejayanya berbanding kasih dan cinta kepada anak yang dikandung 9bulan. hilang hormat runtuhlah hidup sesebuah keluarga yang mulia disisi Allah.Kerana itulah, anak sekarang semakin liar kerna hilang kasih dan sayang.
5. Anak yang dibiasa kan dgn kasih sayang "duit" sampai besar dy akan mintak duit dan tidak akan berhenti. Tapi dengan kasih sayang perasaan , mampu mengubah hati dan kelakuan anak kepada ibu dan ayah kerana rasa dekat dan terasa bahagia kerana diterima lahir kedua ini dengan rasa hormat dan berpandukan garis panduan islam sendri.
| KELUARGA BAHAGIA |
Keindahan dunia ciptaan Allah mmg cantek, tetapi jangan lupa ada yang lagi hebat ciptaannye iaitu 2 tempat yang akan manusia duduki syurga yang mengalir dibawahnye air dan dihiasi dgn pelbagai hiasan yang indah atau neraka yang dicipta Allah dari Api yang membara.Fikir2kn lah..
